Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Nuffnang Ads

Total Pageviews

Tuesday, September 11, 2012

Tips-tips untuk bercerai susu..

Salam semua...

                Lama rasanya da tak update blog kesayangan aku nie..ad story nak nak share hari nie Rayyan cukup 15bulan aku disahkan hamil 5 minggu..terkejut nya aku bile bulan lepas yang aku tak period tue rupenya petanda Rayyan akan ad adik diusia yang terlalu muda bagi aku la kerana rayyan masih menyusu badan terasa sangat bila aku terpaksa untuk bercerai susu badan dengan rayyan..

                Mak aku da bising suruh ceraikan susu atas sebab-sebab yang aku penah alami time fisrt pregnant tue aku melahirkan bayi pramatang dan GBS positif carrier (Group B Streptococcus) jangkitan kuman pada faraj walaupun tak merbahaya tetapi haruslah dirawat..aku tak pasti anak yang kedua ni tapi harap-harap semuanya selamat la dan sihat.

                Oh yer oleh kerana dua sebab tue la aku terpaksa bercerai susu dengan rayyan..Cian sangat kat rayyan setiap kali dia nak susu aku terus ke dapur buat susu formula untuk dia aku try tukar botol baru brands Tommy Tippe yang seakan-akan breast ibu huhu..ada kisah lawak start malam tadi aku cube la lumurkan asam jawa yang takde bijik(Adabi) pastu bagi la dia hisap heheh mule-mule dia geleng-geleng pala tandanya masam la pastue merengek2 aku da tak sampai hati tapi aku terpaksa gak untuk kebaikkan rayyan..untuk 4 5 kali boleh la tahan akhirnya maybe dia nekad agakyer da haus sangat masam-masam pun dia bedal minum gak cian sangat tengok rayyan time nie series memang aku menangis tengok rayyan..

Muke rayyan bile menyusu yang diletak asam kt breast hehehe cian anak mama

                Tak habis kat situ dalam 10min dia mengempeng(bergayut) tue dia lepas aku terus masukkan kat buai dan bagi susu formula dengan botol baru dia tue..ok menjadi la tapi tengah malam dia mencari gak mama dia sampai menangis tak kuar suara..aku tak sampai hati aku bagi dia hisap buat lepas gian terus tertido sampai la pagiyer sebelum aku hantar kat pengasuh yer..

Pagi-pagi bukak internet terus search tip-tip nak bercerai susu aku pun dapat dari http://www.mummynemo.com boleh la click link tue untuk maklumat lanjut yer


Tip bercerai susu:
  • Gunakan cara berlainan untuk memujuk. Secara perlahan-lahan gantikan teknik penyusuan badan dengan cara lain untuk memupuk anak. Jika anda lazim menyusukan bayi anda untuk menenangkannya, cuba cara lain untuk membuatkan dia tenteram sama ada dengan membaca buku bersama-sama, menyanyi ataupun bermain.
  • Lengahkan masa penyusuan. Melambatkan masa penyusuan akan lebih berkesan sekiranya anak anda lebih tua dan boleh memahami penerangan anda. Apabila anak yang bertatih minta disusukan, katakan anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal petang dan beritahu dia mesti tunggu sampai masa tidur.
  • Pilih waktu yang bersesuaian untuk melakukannya (bercerai susu). Peristiwa besar akan membuatkan proses bercerai susu lebih susah. Adakah anak anda sakit baru-baru ini? Selalunya bayi yang tidak sihat mahu menyusu lebih kerap. Sebenarnya, penyusuan badan mungkin mendatangkan kebaikan untuk bayi yang sakit
Buah hati kesayangan mama

Selamat mencuba dan semoga berjaya untuk aku gak heheh...

Tuesday, September 4, 2012

Resepi Ikan Haruan Goreng Sos Tiram Berlada..

               Hari isnin yang lepas pas seminggu balik dari cuti raya teringat plak satu resepi ikan haruan kebetulan mak aku bagi ikan haruan yang ayah aku pancing parit depan umah aku tue..dapat la 3 ekor huhuhu si nini la hasilnya..



Bahan-bahan nya :

3 Ekor ikan haruan
(dipotong bulat-bulat 1/2 inci kalau nak rangup lagi potong lagi nipis)
1 Biji timun untuk hiasan

Bahan sos..

2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci halia
15 biji cili api (kalau suka pedas boleh letak lagi)
3 sudu besar sos tiram
1 biji limau nipis
Gula secukup rasa
1 sudu besar serbuk "cukup rasa"
Air

Cara-cara

1.  Gorengkan ikan haruan yang telah dipotong bulat-bulat (nipis) sehingga sedikit kekuningan dan toskan bila da masak..

2.  Tumiskan bawang putih/merah, halia dan cili api yang telah dihiris sehingga naik bau kemudia masukkan sos tiram dan kacau sehingga nampak likat masukan perahan limau nipis dan gula serta serbuk perasa "cukup rasa" mengikut citarasa anda..masukan 2 sudu besar air dan kacau...

3.  Setelah mendidih masukan ikan haruan yang telah digoreng tadi dan gaul rata bersama sos tersebut..5 min kemudian siap dihidang heheh boleh lah makan dengan nasi panas huhu..Selamat mencuba..

Ikan Haruan Goreng Sos Tiram Berlada