Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Nuffnang Ads

Total Pageviews

Tuesday, September 4, 2012

Resepi Ikan Haruan Goreng Sos Tiram Berlada..

               Hari isnin yang lepas pas seminggu balik dari cuti raya teringat plak satu resepi ikan haruan kebetulan mak aku bagi ikan haruan yang ayah aku pancing parit depan umah aku tue..dapat la 3 ekor huhuhu si nini la hasilnya..



Bahan-bahan nya :

3 Ekor ikan haruan
(dipotong bulat-bulat 1/2 inci kalau nak rangup lagi potong lagi nipis)
1 Biji timun untuk hiasan

Bahan sos..

2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci halia
15 biji cili api (kalau suka pedas boleh letak lagi)
3 sudu besar sos tiram
1 biji limau nipis
Gula secukup rasa
1 sudu besar serbuk "cukup rasa"
Air

Cara-cara

1.  Gorengkan ikan haruan yang telah dipotong bulat-bulat (nipis) sehingga sedikit kekuningan dan toskan bila da masak..

2.  Tumiskan bawang putih/merah, halia dan cili api yang telah dihiris sehingga naik bau kemudia masukkan sos tiram dan kacau sehingga nampak likat masukan perahan limau nipis dan gula serta serbuk perasa "cukup rasa" mengikut citarasa anda..masukan 2 sudu besar air dan kacau...

3.  Setelah mendidih masukan ikan haruan yang telah digoreng tadi dan gaul rata bersama sos tersebut..5 min kemudian siap dihidang heheh boleh lah makan dengan nasi panas huhu..Selamat mencuba..

Ikan Haruan Goreng Sos Tiram Berlada

No comments:

Post a Comment