Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Nuffnang Ads

Total Pageviews

Thursday, November 29, 2012

Berkahwin Usia 13 Tahun


Sebelum nie aku tengok kat Youtube perkahwinan Yana 14 tahun tapi hari nie ada lagi muda coz pengantin perempuan baru berumur 13 tahun..tapi aku respek kat diorang muda-muda lagi da perancangan masa depan..Erm bukan senang nak pikul tanggungjawab sebagai isteri lebih-lebih lagi baru berumur 13 tahun yang terlalu muda nie..Apa-apa pun aku doakan semoga perkahwinan Fahmi dan Fazira berkekalan hingga keakhir hayat..caiyokk..

Mohd Fahmi Alias Dan Nor Fazira Saad


Pengantin muda, Mohd Fahmi Alias, menolak tanggapan bahawa tindakannya mengahwini Nor Fazira Saad yang hanya akan berusia 13 tahun bulan depan didorong oleh nafus dan tidak akan bertahan lama.
Mohd Fahmi, 19, yang membantu bapanya menjalankan perniagaan keluarga mengangkut minyak sawit berkata, beliau mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga tidak akan menghalang isteri mudanya untuk meneruskan pengajian.
“Saya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan saya berjanji untuk menjaganya sepanjang hidup saya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Naga Lilit di Padang Serai, dekat sini, pada Sabtu.
Sementara itu Nor Fazira berkata dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai pasangan hidup Mohd Fahmi.

Pasangan itu telah diakadnikahkan di masjid Kampung Padang Cina, berhampiran rumah keluarga pengantin perempuan, pada 17 November selepas Mahkamah Syariah di Kulim memberikan persetujuan pada 7 November.
Keluarga pengantin lelaki juga sudah mengadakan keduri doa selamat sebagai sebahagian daripada tradisi menyambut menantu.
Ditanya sama ada beliau bimbang mengenai persepsi masyarakat mengenai perkahwinan mereka, Mohd Fahmi berkata: “Adalah lebih baik berkahwin awal berbanding jika menjalinkan hubungan yang haram.
“Sejak keluarga kami memberi restu, tidak ada sebab untuk kami terus melambatkan penyatuan ini,” katanya, sambil menambah bahawa mereka telah dikenali antara satu sama lain selama bertahun-tahun.
Nor Fazira, yang menamatkan persekolahan selepas UPSR tahun lepas, berkata dia bercadang untuk meneruskan pengajian selepas suaminya memberi galakan untuk berbuat demikian.
“InsyaAllah, saya akan meneruskan pengajian menengah saya,” katanya.
p/s : Serius diorg nampak matang sangat..respect la kt diorg..Aku doakan semoga berbahagia..
nak baca lebih lanjut kt SINI

No comments:

Post a Comment